Monday 21 July 2014

Apa Itu Makronutrien

Definisi Makronutrien
Apa yang dimaksud makronutrien? Makronutrien adalah zat gizi (nutrien) yang memberikan tenaga bagi tubuh yang diperlukan tubuh dalam jumlah besar (makro = besar) untuk bertahan hidup.

Jenis-Jenis Makronutrien
Ada tiga jenis makronutrien iaitu:
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Lemak


Kandungan Energi Makronutrien
Karbohidrat, protein dan lemak masing masing memberikan energi dalam jumlah berbeza. 
* Karbohidrat memberikan energi sekitar 4 kalori per gram. 
* Protein memberikan energi sekitar 4 kalori per gram. 
* Lemak memberikan energi sekitar 9 kalori per gram. 

Selain memberi energi, makronutrien juga berperan dalam membantu pertumbuhan, membantu metabolisma dan mengatur fungsi-fungsi tubuh.


Karbohidrat
Fungsi-fungsi Karbohidrat:
  • Karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
  • Contoh: nasi, roti, ubi kentang dan makanan lain jenis berkanji.
  • Diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan.
  • Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan seseorang itu berasa lemah, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Karbohidrat yang tidak digunakan akan disimpan di dalam tisu badan sebagai lemak.
  • Keadaan ini akan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.
  • Boleh menyebabkan penyakit diabetes.



Protin
Fungsi-fungsi Protin:
  • Protein ialah nutrien yang mengandungi karbon, hidrogen,oksigen dan nitrogen.
  • Diperolehi daripada sumber binatang dan tumbuhan.
  • Makanan yang banyak mengandungi protein ialah ikan, daging, telur, susu, kacang soya dan tempe.
  • Komponen utama kebanyakkan enzim dalam badan.
  • Diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesaran.
  • Digunakan untuk menggantikan tisu yang rosak.
  • Komponen utama bagi imuniti sistem imuniti badan dalam melawan penyakit.
  • Individu yang kekurangan protein biasanya menjadi kurus, lemah dan mudah mendapat penyakit seperti kwashiorkor dan marasmus.

Lemak
Fungsi-fungsi Lemak:
  • Lemak terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen.
  • Satu gram lemak membekalkan dua kali ganda tenaga daripada karbohidrat.
  • Lemak terdapat dalam makanan seperti minyak masak, susu, mentega, keju dan coklat.
  • Lemak membekalkan haba dan tenaga kepada badan.
  • Disimpan dalam badan dan apabila tenaga dalam badan berkurangan, lemak simpanan ini akan ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan.
  • Berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan.
  • Membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk.
  • Lemak yang berlebihan boleh menyebabkan saluran arteti tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.
Sudah faham basic tentang makronutrien kan? Sekarang mari kita belajar info yang lebih mendalam...
Secara ringkas, Protin, Karbohidrat, dan Lemak yang BERLEBIHAN akan ditukar kepada lemak dan disimpan di tubuh kita pada bahagian bawah kulit seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Walau bagaimanapun, protin yang berlebihan adalah kurang pratikal sebab protin senang mengenyangkan. Disebaliknya, karbohidrat yang ringkas seperti gula dan lemak tepu daripada daging adalah  senang berlebihan jika pemakanan tidak dijaga dengan baik.

Sumber-Sumber Makronutrien
Karbohidrat Protin Lemak
Elak * Roti Putih
* Gula Putih
* Nasi Putih
* Minuman Ringan
* Soya GMO
* Daging Merah
* Mentega
* Marjerin
* Full Kream Susu
Disyorkan * Sayur-Sayuran
* Bijirin
* Kekacang
* Buah-Buahan
* Soya Non-GMO
* Ayam
* Ikan
* Omega-3
* Omega-6
* Minyak Zaitun



Sumber Info:

No comments:

Post a Comment