Apakah itu Senggugut?
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Kesakitan akan semakin berkurang mulai hari ke-2 datang haid dan seterusnya.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.
Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
Epidemiologi
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.
Rawatan dengan pengunnaan ubat-ubatan
Natural Remedies untuk mengatasi Sengugut
Sebab-sebab:
- Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
- Cyst Ovari dan tumor
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Senggugut disebabkan oleh pengecutan otot dalam rahim
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.
Rawatan dengan pengunnaan ubat-ubatan
- Ubat pengurang radang (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid. - Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan. - Pil perancang
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
- Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
- Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
- Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
* Minta konsultasi dengan doctor anda sebelum mengambil ubat-ubat berkenaan.
- Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam - Acupressure
Acupressure adalah sejenis urutan berdasarkan acupuncture points untuk melancarkan peredarah dan mengurangkan kesakitan. Dua point untuk mengurangkan kesakitan sengugut adalah Stomach 36 (ST 36) and Spleen 6 (SP 6).
* Cara urutan : Tekan point seperti dalam gambar dibawa secara perlahan-lahan, Hold for 1-3 minit, elak tekan terlalu kuat (rasa sakit).* Ibu mengandung elakan cara urutan ini.
- Supplement Semula Jadi
1. Asid Lemak Omega-3 seperti mikyak Ikan, untuk melawan keradangan.
2. Kalsium 500 - 1,000 mg sehari.
3. Vitamin D, untuk membantu penyerapan kalsium serta mengurangkan keradangan.
4. Vitamin E 500IU sehari, dapat mengurangkan simtom sengugut.
5. Magnesium, 360 mg setiap hari selama 3 hari pada hari sebelum haid bermula.
6. Gamma linolenic acid(GLA) dapat membantu mengatur kitaran haid. - Senaman
Sehari 30minit senaman, seminggu 3-5 kali.
Acupressure : Stomach 36 (ST 36)
Acupressure : Spleen 6 (SP 6)
No comments:
Post a Comment