Wednesday, 19 September 2012

B-Complex

Vitamin B dan fungsi-fungsinya
Vitamin B1 (Tiamin)

Fungsi: Menjaga kesihatan kulit dan membantu menukarkan karbohidrat menjadi tenaga yang diperlukan.
Defisiensi: kulit akan mengalami berbagai gangguan, seperti kulit kering dan bersisik.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Fungsi: Menjaga kesihatan mata dan kulit.
Defisiensi: Menurunnya daya tahan tubuh, kulit kering bersisik, mulut kering, bibir pecah-pecah.

Vitamin B3 (Niacin)

Fungsi: Untuk kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi energi.
Defisiensi: Menyebabkan tubuh mengalami kekejangan, keram otot, gangguan sistem pencernaan, muntah-muntah, dan mual.

Vitamin B5 (Pantothenic Acid)

Fungsi: Bersama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak, protein, karbohidrat menjadi energi. Manfaat lainnya adalah untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D.
Defisiensi: menyebabkan kulit pecah-pecah dan bersisik, keram otot serta kesulitan untuk tidur

Vitamin B6 (Pyridoxine)

Fungsi: Diperlukan dalam proses asid amino dan lemak. Selain itu, vitamin ini juga berperanan dalam metabolisme nutrien dan menghasilkan antibodi sebagai mekanisme pertahanan tubuh terhadap antigen atau sebatian asing yang berbahaya bagi tubuh badan.
Defisiensi: Lidah Sakit, anemia

Vitamin B7 (Biotin)

Fungsi: membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" atau NTD.
Defisiensi: Menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, seperti dermatitis, kemurungan, anemia, dan kerontokan rambut.

Vitamin B9 (Folid Acid)

Fungsi: Bertugas agar sel-sel pada tubuh berkembang dengan sempurna, membentuk sel darah merah dan mencegah kerosakan saraf pada janin.
Defisiensi: Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak, Anemia.

Vitamin B12 (Cobalamin)

Fungsi: Mengubah karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, menjaga sel darah merah tetap sihat, melindungi sel saraf, mencegah penyakit jantung, dan mencegah penyusutan otak yang boleh menyebabkan daya ingat menurun.
Defisiensi: menyebabkan animia (kekurangan darah), mudah lelah lesu, dan iritasi kulit

______________________________________________________

Shaklee B-Complex - B yang Lengkap dan Seimbang

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B Complex
Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.* 
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.* 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment