Saturday 14 March 2015

Tips mencegah sakit buah pinggang

sumber gambar : dev.nsta.org

Sebelum ini admin telah share tentang Fungsi Buah Pinggang kan, sekarang mari kita belajar cara-cara untuk menjaga kesihatan buah pinggang kita.

Apa tujuan kita service kereta kita setiap 3 bulan? Sebab kita mahu kondisi kereta kita sentiasa elok kan, ini adalah sama dengan buah pinggang kita. Pemakanan yang sihat and suplemen yang natural dapat memastikan buah pinggang kita boleh berfungsi dengan bagus.

Tips daripada medical experts:
  1. Mengawal paras glukosa, tekanan darah, dan kesihatan jantung sentiasa normal. Ketiga-tiga ini merupakan punca  menyebabkan penyakit buah pinggang.
  2. Limit pengambilan kuantiti garam, sebab sodium akan menyebabkan tekanan darah tinggi, dan juga batu karang (kidney stones).
  3. Pastikan pengambilan air sebanyak 2~3 liter sehari. Air dapat menyingkirkan sisa-sisa daripada badan kita dan mengekalkan kepekatan darah yang normal.
  4. Jangan tahan kencing! Badan kita memberikan signal hendak kencing sebab sisa-sisa sudah penuh dan perlu disingkirkan secepat mungkin. Kita tahan kencing bermaksud sisa-sisa akan diserap balik ke badan kita dan menghasilkan tekanan yang tinggi kepada buah pinggang kita. Lama kelamaan akan menjejas fungsi buah pinggang.
  5. Exercise daily; researcher percaya memang terdapat hubungan antara obesiti dan masalah buah pinggang. Overweight akan meningkatkan masalah buah pinggang sebanyak dua kali ganda.
  6. Jangan makan ubat dengan sesuka hati sebab segala ubat-ubatan akan sampai ke buah pinggang kita untuk ditapis, dan ini akan menyebabkan ginjal kita overload dengan toksi.
  7. Eat & drink right. Kita semua pasti tahu makanan fast food, junk food, alcohol, minuman bersoda dan manis adalah tidak bagus. Sekali sekala masih boleh diterima, tetapi pengambilan makanan tersebut hari-hari akan menjejas kesihatan buah pinggang kita.
  8. Makanan yang dicadangkan seperti cauliflower, ikan, asparagus, cereals, garlic, dan parsley. Buah-buahan seperti tembikai, oren, dan lemon dapat menolong badan kita menyingkirkan toksi juga.

Sumber info : www.worldkidneyday.org

No comments:

Post a Comment