"Black Head" selalu kita panggil BINTIK HITAM. Manakala, "White Head" pulak adalah JERAGAT.
Apa Beza White Head & Black Head?
"Blackhead" - Nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. kalao kita picit keluar blackhead tu, kita boleh tengok akarnya warna putih, sebab bahagian akar tu tak terdedah dengan udara macam bahagian atas tu.
White Head VS Black Head
White Head & Black Head Peringkat Awal JERAWAT?
Apabila masalah white head atau black head tidak dibersihkan secepat mungkin, semakin banyak bacteria akan terkumpul, keradangan berlaku, dan akhirnya terjadi JERAWAT. Kita mesti menjaga kesihatan dan kebersihan kulit kita, sebab tempat yg pernah wujud JERAWAT, mesti akan terjadi PARUT.
Contoh masalah kulit (Dalaman)
Contoh masalah kulit (Luaran)
Punca-punca terjadinya blackhead dan whitehead
Masalah di atas dapat diatasi jika konsisten dalam penggunaannya. Selain itu untuk mengatasi masalah ni elok juga amalkan langkah-langkah di bawah:-- Tubuh badan kekurangan air, tidak dapat detox dengan sempurna
- Pengeluaran sebum berlebihan, ini bergantung pada setiap individu. Biasanya orang yang kerap berpeluh bertotensi tinggi mengalami masalah white head dan black head
- Penggunaan alat makeup atau skincare yang terlalu berminyak. Ramai yang tidak sedar, alat makeup atau skincare harian mereka sebenarnya terlalu oily, menyebabkan kulit semakin berminyak dan kadang2 minyak dari produk2 yang digunakan terperangkap/tertinggal di dalam kulit, dan seterusnya terbentuklah black head dan white head.
- Produk scrub muka terlalu kasar. Sebenarnya menyentai kuat kulit muka dengan scrub bukan sahaja menyebabkan kulit jadi semakin berminyak, kulit jadi rosak..malah kulit akan hilang satu agen semulajadi yang berfungsi mengawal sebum dan menghalang pembentukan black head dan white head
- Hormon badan. Tak terjadi pada semua orang, seperti yang kita tahu, setiap orang punyai tahap metabolism dan hormon berbeza. Ketidakseimbangan hormone mengakibatkan pengeluaran sebum berlebihan, punca blackhead terbentuk bersama acne.
- Makanan dan persekitaran. Makanan terlalu berminyak, terlalu pedas dikaitkan dengan black head dan white head. Persekitaran yang tercemar, terutama sekali habuk, juga boleh menyebabkan blackhead dan white
- Cuci muka bersih-bersih, cucukkan Vita-E dan sapu minyak patinya di muka sebelum tidur, esoknya baru dicuci selepas bangun dari tidur.
- Makan Vita-E 1 hari sebiji.
- pastikan pengambilan air kosong mencukupi 2-3 liter sehari.
- cuci muka sekurang-kuranga 2x sehari.
- tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
- makan makanan yang mencantikkan kulit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
- lakukan riadah yang membantu mengeluarkan peluh.
- kawal makanan berlemak dan tinggi kolestrol.
No comments:
Post a Comment