Thursday 7 March 2013

BRILLIANT KID


Lahirkan Anak Pintar

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesaj ke otak dalam sistem saraf. Akedemi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.
______________________________________________________

Shaklee Brilliant Kid Set

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Set ini terdiri daripada:
  1. Chewable Vita-C Plus 100mg - Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semula jadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C-nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.
  2. OmegaGuard - Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal
  3. Lecithin - Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.
  4. Meal Shakes - Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral sebagai nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
Cara Makan:
  1. Chewable Vita-C Plus 100mg - Sehari 1-2 tabs
  2. OmegaGuard - Sehari 1 capsule, boleh picit dalam susu
  3. Lecithin - Sehari 2 capsules, boleh picit dalam susu
  4. Meal Shakes - Bancur air biasa atau air suam sebagai minuman sarapan
Harga untuk Set Brilliant Kid:

Member PriceNon-Member Price
Semenanjung
RM ?
RM 339.75
Sabah & Sarawak
RM ?
RM 356.25

---Click Sini untuk Cara Masuk Ahli--- dan anda boleh dapat Set ini dengan harga paling murah, iaitu Harga Ahli^^




No comments:

Post a Comment