Sunday 17 February 2013

KESUBURAN


Kehamilan merupakan satu proses yang dinanti-nanti oleh pasangan yang sudah berkahwin. Agak-agak 300 juta sperma akan masuk ke uterus(rahim). Biasanya, hanya satu sperma yang sihat akan bergabung dengan ovum untuk membentuk embrio. Rupanya lelaki sejak dulu sudah pandai berenang :p


Langkah-langkah untuk hamil
  1. Wanita perlu mengeluarkan telur(ovum) daripada salah satu ovarinya ( ovulasi )
  2. Ovum tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim )
  3. Sperma lelaki pula perlu melalui vagina, lepas itu ke uterus, dan ahkir sekali bergabung dengan ovum dalam saluran fallopian
  4. Ovum yang telah disenyawakan itu perlu melekat pada dinding uterus


Secara ringkas:
Sperma + Ovum => Cute Baby


Malangnya, banyak wanita yang sudah berkahwin sentiasa menghadapi masalah kehamilan, biasa kita panggil ketidaksuburan. Walau bagaimanapun, kes ketidaksuburan bukan saja berkaitan dengan wanita, malah berkemungkinan berkaitan dengan lelaki juga. Antara beberapa factor ketidaksuburan adalah seperti di berikut:
Faktor-faktor dari lelaki:
  1. Azoospermic - Lelaki tidak dapat menghasilkan sperma
  2. Kekurangan sperma - Sperma yang tidak cukup untuk memastikan ia dapat bergabung dengan ovum
  3. Ejakulasi pra-matang - Sperma tidak dapat masuk ke dalam vagina
  4. Azoospermia Darah - Berkemungkinan disebabkan oleh keradangan organ pembiakan lelaki
  5. Sperma yang tidak berkualiti - Menyebabkan sperma berkorban sebelum bergabung dengan ovum

Faktor-faktor dari wanita:
  1. Masalah vagina - Jangkitan seperti trichomonas dan gonorea akan menyebabkan radang vagina, dengan ini menjejaskan peluang untuk hamil
  2. Masalah serviks - Stenosis serviks, polip, fibroid, cyst, perekatan boleh menjejaskan sperma melalui ke uterus
  3. Masalah uterus - Fibroid uterus adalah ketumbuhan paling biasa didapati di kalangan wanita. Fibroid ini akan menyebabkan ovum yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding uterus
  4. Masalah fallopian tube - Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis menyebabkan ovum tidak dapat bertemu dengan sperma
  5. Masalah Ovari - Ovari yang tidak sihat akan menghasilkan ovum yang tidak sempurna, atau tidak dapat menghasilkan ovum langsung.
  6. Gangguan haid - Kitaran haid yang tidak stabil menyebabkan isteri tidak dapat tahu bila ovari akan menghasilkan ovum

Tips yang boleh cuba untuk anda yang ingin hamil:
  1. Elakan merokok & alkohol
  2. Elakkan makanan yang 'tajam' seperti nanas, air tebu, air kelapa muda (untuk kandungan awal), tapai, makanan bercuka, jeruk buah (kuat bahan pengawet)
  3. Berfikir positif dan buat senaman supaya sentiasa gembira dan mengurangkan tekanan kerja
  4. Pengambilan suplemen seperti protin, vitamin, mineral, asid gamma linolenik(GLA) untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan
  5. Pengiraan kitaran haid dengan tepat supaya dapat meningkatkan peluang hamil


Cara guna kalkulator ovulasi:

  1. Masukkan tarikh hari pertama kitaran haid terakhir
  2. Masukkan panjang kitaran haid (biasa 28 hari)
  3. Tekan butang Calculate
Cara mengira panjang kitaran haid
Mengira bilangan hari dari hari pertama haid anda sehingga 1 hari sebelum hari pertama kitaran haid yang seterusnya.
- Example, haid bermula pada 3 hb Jun, dan berlangsung selama 5 hari. Tempoh seterusnya bermula 27 Jun. Jadi, panjang kitaran ialah 3 hb jun - 26 hb jun, iaitu 24 hari.

Suplemen-suplemen untuk Kesuburan
  1. Zink - Telah ditunjukkan untuk meningkatkan tahap testosteron, jumlah sperma dan motilitas sperma
  2. Vitamin B - Menstabil hormon wanita supaya proses ovulati dapat dijalankan dan Anti-Stress
  3. Gamma-linolenic acid (GLA) - Membantu meningkatkan kesuburan dengan mengukuhkan plasenta,  meningkatkan mukus serviks dan meningkatkan lapisan rahim yang merupakan persekitaran untuk ovum disenyawakan. Tambahan pula, GLA boleh menstabilkan kitaran haid
  4. VITAMIN E - Meningkatkan seksualiti lelaki dan tenaga serta mengurangkan toksin dalam sperma dan meningkatkan peredaran, menjadikan sperma lebih kuat dan sihat
  5. Selenium - Meningkatkan pengeluaran sperma dan motilitas.
______________________________________________________

Shaklee Set Kesuburan
 Terdiri daripada:

  1. GLA - Ketidaksuburan atau kemandulan lazimnya disebabkan oleh hormon yang tidak teratur. Kajian menunjukkan, GLA boleh boleh mengurangkan simptom PMS (sakit kepala, kembung perut, sakit dipayudara, mood swing, depresi) dan menstabilkan hormon, menggalakkan mukus servik dan mengurangkan radang, membantu menguatkan otot uterus sebagai persediaan kehamilan . Sesetengah wanita mempunyai mukus servik yang sedikit dan ini menyukarkan sperma untuk berenang melalui servik. Sekiranya terdapat cecair atau mukus yang mencukupi, ini lebih memudahkan sperma untuk berenang melalui servik terus ke uterus.
  2. Vitamin E Complex - Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium
  3. Zinc Complex - Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 
  4. B-complex - Bcomplex cukup terkenal dengan manfaatnya untuk wanita. Asid folikterutamanya sering menjadi ‘target’ atau vitamin wajib untuk wanita. Asid folik adalah 1 daripada 8 adik beradik vitamin B. Jika kelapan-lapan komponen ini hadir bersama, ianya akan lebih efektif. Pengambilan bcomplex membantu dalam sistem reproduktif yang sihat serta penting bagi pembentukan janin apabila hamil.

Cara Makan untuk isteri:
  1. Gla - 1 Capsule pagi, 1 Capsule petang
  2. B-Complex - 1 Tablet pagi
Cara Makan untuk Suami:
  1. Zinc Complex - 2 Tablets pagi
  2. Vitamin E Complex - 1 Capsule pagi

---Click Sini untuk Cara Masuk Ahli--- dan anda boleh dapat Set ini dengan harga paling murah, iaitu Harga Ahli^^

No comments:

Post a Comment