Wednesday, 19 September 2012

Omega Guard

Asic Lemak Penting yang diperlukan oleh Tubuh Anda

Asid Lemak Omega-3(EPA & DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid Lemak Omega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi, asid lemak Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

3 Fungsi Utama:
  1. Menyokong Kesihatan Jantung
  2. Menggalakkan Fungsi Otak Yang Sihat
  3. Menyokong Fungsi Sendi Sihat
Menyokong Kesihatan Jantung
Peranan penting asid lemak Omega-3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tekanan darah normal.

Menggalakkan Fungsi Otak yang Sihat
Asid Lemak Omega-3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat
Asid Lemak Omega-3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sesendi bergeser, lemak Omega-3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.
______________________________________________________

OmegaGuard™
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Ultra Tulen dan Berkualiti Tinggi
Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyinkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





No comments:

Post a Comment